Monday, February 16, 2009

PESERTA SABAH KE FINAL - MYSTARZ LG

Semalam saya menonton reality show MyStarz Lg episode terakhir sebelum akhir pada minggu depan. Selama ini, walaupun saya selalu mendengar siaran-siaran reality show yang lain tapi show ini macam kurang ummph compare dengan show lain yang dikendalikan oleh station TV yang lain.

Saya ini memang tidak alif dengan nyanyian tapi boleh buat pilihan sendiri dan selalunya tepat jugalah pilihan saya itu. Tidak tahu pula apa panel pemilihan yang mereka cari waktu pemilihan awal (Audition) pada peserta yang datang untuk audition. Dalam penelitian saya, saya rasa semua peserta yang masuk final tidak menyerlah dan rasa macam biasa-biasa saja. Saya tidak rasa apa-apa bila mereka buat persembahan.

Selalunya saya akan sokong penuh peserta dari negeri Sabah tapi peserta yang datang dari Sabah En Hairi sepatutnya tidak masuk ke final. Setiap minggu dia berada diantara tempat yang tercorot dan hanya sekali mendapat imuniti selaku pemenang pesembahan terbaik pada minggu tersebut. Apa pun good luck to him kerana masuk dalam final dan manatau pesembahannya pada akhir nanti malatup.

Sabah diantara negeri yang mengeluran penyanyi reality dan berakhirnya Mystarz Lg akan bertambahlah lagi.

No comments: