Tuesday, March 10, 2009

PENGETUA AF7 – TIARA JAQUELINA



Sekali lagi saya menonton Tirai AF7 semalam kerana ingin tahu juga siapa Pengetua AF musim ketujuh ini. Pada awal siaran, ada pulak Mawi world dan saya fikir mungkin dia jadi Pengetua tapi lama juga Astro umumkan pengetua tersebut, hingga saat akhir baru dikeluarkan pengetua baru tersebut.

Mula-mula gambar seorang wanita sedang masuk dengan kasut tumit tinggi dan saya ingatkan Anita Sarawak tapi rupa-rupanya TIARA JAQUELINA Puteri Gunung Ledang. Dia adalah seorang pelakon, pengiat theatre dan penyanyi dan seorang yang berpengalaman mengikut biography yang disampaikan oleh Guru Fatimah dalam Dairy AF7.



Apabila sudah mengetahui Pengetua tersebut ingat nak tukar Channel lain tapi apabila beliau buat visinya melalui presentation minat mahu dengar apa yang beliau terangkan kembali untuk menonton. Antara yang beliau mahu adalah transformasi yang luarbiasa kepada pelajar dan mahu AF7 sebagai yang terbilang dari AF sebelum ini.

Pendek kata ‘TO GO FOR THE IMPOSSIBLE’.

Memandangkan semangkat yang diberikan oleh pengetua maka pelajar telah menyahut cabaran tersebut dan akan hadapi transformasi yang bakal mereka hadapi.

Pada kita penonton pula;

LET’S WAIT AND SEE WHAT ARE THE TRANSFORMATION

No comments: