Monday, April 27, 2009

ARIL DAPAT UNDI TERCOROT – AKADEMI FANTASIA

Walaupun tidak begitu ikuti AF kali ini tapi bila ada masa ada juga tengok diari mengikuti perkembangan transfomasi pelajar-pelajar Pelajar yang bernama Aril sentiasa menjadi perhatian kepada peminat AF kerana perwatakannya yang sentiasa jadi pertikaman pendapat oleh chatters dan bloggers terhadapnya. Ini kerana personalitinya yang ego dan selalu mengambil kesempatan untuk berada dalam perhatian kamera dalam diari harian AF.

Pada concert Sabtu lepas, pelajar ini terkeluar kerana mendapat undian yang terbawah sekali. Walaupun tidak meminati dengan pelajar ini tapi kalau dilihat pada diari, beliau lah yang selalu dinanti oleh penonton sebab diari akan lebih happening dan bermulanya komen-komen negative oleh penonton.

Adakah diari malam ini hambar dengan ketiadaan Aril dalam AF? Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku dalam akademi selepas ini.

No comments: