Wednesday, April 08, 2009

JO ANN SUE RAMPAS - FINALIS BINTANG RTM 2009

Pertandingan nyanyian pada masa-masa lampau sebelum station dan radio swasta belum ada maka RTM lah yang monopoli apa-apa pertandingan nyanyian. Bintang RTM pada masa itu adalah sangat popular dan ramai penyanyi popular seperti Sudirman dan ramai lagi penyanyi veteran.

Bintang RTM tahun 2009 ini mendapat suntikan dan liputan yang meluas bukan saja di media cetak tapi juga dalam internet dan blog-blog perseorangan serta forum-forum. Search saja Jo-Ann Sue Henly Rampas dan akan terpampang wajah si gadis Nguduk Ngadau tahun 2007 dengan pose mautnya. Memang gadis kacukan KadazanDusun dan Orang Putih bukan sahaja ratu tapi hebat menyanyi. Dia selalu juga menyanyi dan menjadi pengacara rancangan terbitan RTM Kota Kinabalu.




Baru-baru ini dalam satu pertandingan lagu-lagu popular Dusun, beliau memenangi vocal terbaik mengalahkan Bintang AF Linda Nanuwil dan beberapa penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam nyanyian.

Ramai peminat pertandingan nyanyian tidak sedar bahawa RTM masih lagi menganjurkan Bintang RTM sebab mereka membandingkan kualiti rancangan ini dengan pertandingan nyanyian yang dikendalikan oleh stesen swasta yang lain mengunakan technologi yang canggih serta perbelanjaan yang tinggi.

Membaca komen-komen forummer maka minat penonton untuk menonton Bintang RTM akan bertambah mendadak disebabkan hendak menonton nyanyian Si Gadis Kacukan ini. RTM patut mengambil kesempatan ini untuk membuat sesuatu supaya penonton akan berduyun-duyun menonton pertandingan ini. Pada siaran pertama minggu lepas, suasana dalam dewan amatlah mengecewakan disebabkan banyak kerusi yang kosong dan stage
Pertandingan kurang memuaskan serta pemilihan lagu yang dinyanyikan oleh finalis kurang tepat.

Saya akan menonton pesembahan Si gadis ini yang dijadualkan pada hujung minggu ini. Go Jo-Ann show your talent ….

No comments: