Showing posts with label SAKIT. Show all posts
Showing posts with label SAKIT. Show all posts

Thursday, February 12, 2009

YANG PANDAI BATUK

Hari ini rasa okay sudah lepas makan 5 jenis ubat. Tonsil tidak lagi sakit serta tak merasa sejuk. Sia kestau kamu, selepas makan ubat tengahari kelmarin rasa mengantuk betul sampai pakai batang macis untuk tahan itu mata tutup pun masih mengantuk.

Baru teringat kawan kestau jika ada masaalah mau tidur minum satu sudu ubat batuk dan pasti boleh tidur nyenyak. Kalau nanti terlebih minum itu ubat batuk nanti orang panggil kita yang ‘ PANDAI BATUK’. Nanti jadi sampah masyarakat pulak kan.

Semalam bila makan semua itu ubat termasuk ubat batuk, baru jam 8.00 malam pun balik-balik menguap. Sebelum jam 9.00 malam sia pun sudah landing.

Pagi ini dan tengahari, saya tidak makan sudah itu ubat batuk dan kompom sia tidak mengantuk. Bah .. kalau kamu tau akibat ubat batuk jangan salah gunakan.

Wednesday, February 11, 2009

SAKIT SAYA HARI INI

Sejak petang kelmarin saya rasa tidak berapa sihat. Tonsil serta badan rasa-rasa sakit. Semalam tidur awal tapi terbangun pada jam 2.00 pagi dan rasa badan panas serta kesejukan. Pagi tadi paksa juga mandi dengan air panas dan rasa baik sikit selepas mandi tapi masih lagi tak selesa.

Sampai ofis kena Air-con tambah sejuk walaupun pakai sweater. Lalu mood pun tiada untuk bekerja jadi tulis untuk blog sebab awal-awal bulan mesti sibuk untuk buat report jadi sekarang ini tidak berapa sibuk. Report sudah pun disiapkan sebelum 8hb setiap bulan.

Baru juga balik dari Klinik jadi sambung balik cerita sakit ini. Alamak kena bagi 5 jenis ubat iaitu Fever, Tonsil, Antibiotic, Cough dan Vitamin C. Doctor yang saya biasa suruh saya pusing, batuk, limping dan sukat pressure. Pressure darah saya okay kata doctor itu. Bila mengambil ubat pula nampak ada ubat batuk, mana ada sia batuk.


Me : Kenapa bagi saya ubat batuk? Bukan saya batuk pun.

Nurse : Doctor tau bah nanti tidak lama kau batuk sudah itu.

Me : Yalah (Mau lawan pula dengan Doctor …. Heheh)


Selepas ambil ubat bagus makan terus sebab tak payah lagi keluar sebab sudah 11.30 pagi. Baru juga start makan geng karas saya untuk makan tengahari call. Mungkin mau belanja makan di API WON sebab selama Tahun Baru Cina tak pernah pula kami makan disana.

Geng : Dimana kau?

Me : Sorry, Sia pergi Klinik rasa sakit. Ingat mau call kau nanti lepas sia makan.

Geng : Okla sia pun mau pergi makan sudah ni. Petang ini kau pergi Jogging Kah?

Me : Tidak kali ini .. sakit sia ini.

Geng : Bah okla.


Saya balik ofis just past 12.00 pm. Lepas posting nanti mau tidur.