SIARAN RADIO ALA SLANG SABAHAN
Pagi ini seperti biasa sia sudah sampai di Ofis awal. Memang sia tidak suka trafik jam itulah sebab kena awal mau pergi kerja. Kalau orang lain mungkin masih tidur, sia pula sudah dalam perjalanan pergi kerja.
Bah ..... bukan apa sia mau cerita ini bah tapi pasal siaran radio. Bila sia masuk ofis kawan sekerja sudah ada dalam ofis dengan bawa anak darjah dua dia. Dia buka radio kuat-kuat lagi itu tapi bila dengar radio macam lain pula bunyinya sebab terbiasa dengar slang ala-ala semenanjung. Cuba kamu buka radio RTM Sabah FM dan dengar DJ nya bercakap … alala macam slang kawan kita di Semenanjung …. BIKIN PANAS (ini sia pinjam dari seorang blogger). Tapi radio yang sia dengar gunakan bahasa Malazu dan slang Sabahan dengan ‘BAH’ gitu. Memang kelakar tapi seronok pula bercakap tanpa gunakan slang seperti ‘sayo’, ‘kenapo’ etc.
Kalau tidak silap siaran tersebut keudara setiap jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Waktu sia mendengar, DJ mengelarkannya sebagai ‘OTTO’ . Sia rasa dia ini stok dari Kadazandusun punya sebab ada juga terselit bahasa Dusun waktu dia bercakap. Bah apalagi cubalah kamu tuned pada frequency yang digunakan iaitu 105.9 Mhz (Suria fm). Tagline pula siaran ini adalah 'Hidup Pasti Rancak' .... mungkin ajak kita merancakan lagi hidup ini ... tau lah kalau kita tidak berlumba lumba dalam apa saja kita buat pasti kita ketinggalan. Ini bukan promote ini station tapi tambahan stesen radio yang kamu mau dengar. Siaran ini boleh dengar di kawasan Kota Kinabalu sahaja. Sorry saja kepada kawan-kawan yang berada diluar Kota Kinabalu dan Malaysia sebab bila saya masuk dalam website suria fm online, siaran dalam web tersebut adalah versi semenanjung. Sorry guys nanti balik Sabah atau datang KK baru boleh dengar kio. Dengar siaran RTM saja kamu disana … hahaha.
Selamat Mendengar.
Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment