Thursday, January 29, 2009

ANAK SINGA TERLEPAS DI TAMU

Pada hari ke empat tahun baru Cina, saya ke tamu Donggongon untuk melihat apa yang boleh dibeli. Agak lama juga saya tidak dapat berkunjung ke Tamu sebab tamu diadakan pada waktu pejabat. Ramai juga yang datang sebab masih ada yang bercuti panjang termasuk saya juga.

Tiba-tiba kedengaran bunyi macam ada beberapa tin yang terjatuh dan budak budak berlari menuju ke satu tempat di kawasan tamu. Saya pun apalagi sebab sudah sedia camera dalam poket untuk tangkap gambar. Rupa-rupanya tarian Singa yang ditarikan oleh seorang budak dan menundukan kepalanya kearah penjual di Tamu. Kesian juga itu orang kampung yang menjual ubi kayu sebab terpaksa bagi angpow kepada penari Singa dan kumpulannya. Penari tersebut tidaklah menari seperti dibuatnya selalu. Ianya tundukan kepalanya beberapa kali dan dapat angpow. Bagus lagi bagi dia seringgit sahaja. Apa apa pun at least kita di Sabah nampak tarian Singa di Tamu.

3 comments:

PutEra Boi said...

sian tue peniaga di tamu kan..
kena paksa minta angpau....
kalau sy lah tue..komfom pura-pura tidak melayan n tidak kenal...
adakah patut memaksa minta...

BUTIZA'ON said...

yalah tapi masih budak bah tu Singa jadi tidak sampai hati juga Inai dan Mamai tidak kasih angpau ....

PutEra Boi said...

oh bah...
kalau parent sy pun mungkin bg juga tue..
walaupun teda banyak duit..hehe