Saturday, January 31, 2009

KOMON OYO

Ungkapan ini mungkin asing kepada generasi muda tetapi kepada golongan belia’ dan kini ‘beliau’ pada masa itu, ianya satu yang amat popular dan kerap kali diucapkan.

Saya teringat kembali ungkapan ini apabila menerima email yang menyeruh kita untuk meningkatkan lagi prestasi syarikat supaya dapat menyemai atau melebehi sasaran .

Selalunya Ungkapan ini adalah bahasa lawak apabila sekumpulan belia yang melihat wanita berjalan, mereka akan bercakap ‘KOMON OYO’. Nah pasti wanita tersebut akan berasa malu bila diajukan bahasa sedemikian dan mungkin akan berlari..

Kalau diteliti maknanya betul-betul, ungkapan ini adalah baik sebab ianya satu dorongan, suntikan untuk membuat sesuatu ke tahap yang lebih tinggi. KOMON OYO – membawa kita untuk berkerja lebih kuat lagi untuk mencapai prestasi yang dapat memajukan diri serta ekonomi Negara.

Tahun ini kalau mengikut kalender Cina adalah tahun LEMBU. Kita ketahui bahawa binatang ini kuat bekerja dan kita sebagai manusia perlu bekerja kuat untuk mendapatkan hasil daripada kerja yang kita usahkan dengan gigih. Jadi kita mesti bekerja kuat pada tahun ini dan kita perlu sentiasa ingat ungkapan ini.

KOMON OYO ... Let's do it ....

No comments: