Cara Penyedian Makanan yang unik - Mengukus kuih ubi kayu dengan tempurung
Ini adalah diantara pameran Kaamatan yang saya rakam macamana suku kaum Bongging dari Pulau Banggi Kudat mengukus kuih ubi kayu dengan cara yang unik.
Ini adalah diantara pameran Kaamatan yang saya rakam macamana suku kaum Bongging dari Pulau Banggi Kudat mengukus kuih ubi kayu dengan cara yang unik.
Alat-alat yang digunakan adalah seperti dalam gambar dimana temperung kelapa diletakan diatas cerek. Temperung ditebuk ( 3 lubang) dimana wap air panas akan keluar melalui lubang tersebut sekaligus mengukus ubi kayu. Lubang cerek akan ditutup supaya wap tidak akan keluar dari mulut cerek tersebut. Cara yang digunakan oleh suku kaum Bongging dari Pulau Banggi ini amat unik sekali.
Kuih Dodol cara membakut
Gambar yang ini adalah makanan yang biasa kita dengar iaitu Dodol. Pada hari raya kuih ini adalah makanan yang selalu dihidangkan oleh saudara Melayu kita.
Apa yang unik dengan Dodol ini adalah dodol yang berwarna putih. Mengikut penerangan yang diberi, dodol dari Membakut ini tidak mengunakan gula Melaka. Oleh kerana masakan tersebut baru dimasak maka tidak sempat mencuba macamana rasa dodol tersebut. Mungkin boleh pergi ke Membakut untuk mencuba dodol tersebut.
Anda kenal apa kah makanan ini?
Ini adalah makanan pembuka selera aka HINAVA. Penyedian resipi ini adalah mudah sekali. Anda hanya ada ikan Tenggiri (recommended) Asam limau nipis, bawang merah, bawang putih, halia, chili (optional), Peria (bitter gourd 'optional'), salt to taste dan biji bambangan yang di parut dan dikeringkan. Kalau tidak tahu atau pura-pura tidak tahu apa itu biji bambangan boleh cari di Tamu Donggongon atau di pasar. Ada yang syorkan untuk masukan potongan ikan tenggiri ke dalam air panas selama seminit untuk memasaknya tapi bagi saya ianya lebih baik disimpan dengan air asam limau nipis sahaja serta garam dan yang lain-lain. Kalau yang belum pernah buat resipi ini bah senang bah tu ramai yang volunteer ... Enjoy itu gambar Hinava ... kobiis ...
Ini sama juga, biar air liur kamu keluar especially yang jauh dari kampung .....
No comments:
Post a Comment