Anda mungkin tertanya-tanya apa kah dimaksudkan dengan tajuk posting kali ini. Kepada anda yang pernah dengar perkataan ini pasti tahu akan maksudnya. Tunggu kita akan bincang nanti.
Melihat gambar budak budak mengejar ayam terbayang nostalgia masa lampau dimana apabila emak suruh kejar ayam kampung maka makan besar lah konon sebab dapat makan daging ayam kampung --- sedap bah tu. Dulu ayam berkeliaran dihalaman rumah dan memakan apa saja yang boleh dimakan. Itulah sebab daging ayam kampung sedap sebab sentiasa berlari ada training dan mungkin juga tidak ada stress. Stress lah juga bila kena kejar waktu kena potong tapi sementara saja bah tu stressnya.
Kalau kita kejar ayam tanpa disuruh mesti kena marah oleh ibubapa seperti apa budak-budak buat dalam gambar itu. Ayam-ayam akan buat bising bila dikejar dan emak kita akan berteriak supaya kita berhenti mengejar ayam tersebut.
Maksud tajuk 19 Tulivot (dalam Kadazan) adalah era masa lampau atau tahun-tahun dahulu kala. Ianya sebagai umpamaan sahaja. Selalunya bila seseorang itu ditanya bila kah peristiwa itu berlaku, dia akan jawap masa nineteen tulivot. Selalunya jawapan ini adalah jawapan selamba sahaja dan kadang-kadang jawapan lawak.
Terkenang masa dahulu dimana pembangunan belum lagi masuk di pelusuk kampung seperti dalam gambar dibawah.

Waktu 19 TULIVOT ……..
No comments:
Post a Comment