Sunday, April 05, 2009

AKADEMI FANTASIA 7 - PESERTA SABAH OUT

Peserta Akademi Fantasia dari Sabah Rubisa dan Zizi terkeluar kerana tidak mendapat undi daripada pengundi-pengundi Sabah. Tidak pernah peserta dari Sabah tidak masuk ke final dan amat pelik sekali. Adakah pengundi Sabah bijak menilai pesembahan mereka?



Saya berpendapat expectation pengundi Sabah tinggi terhadap peserta dari negeri ini maka satu standard telah mereka harapkan dan juara Af tahun lepas STACY diletakan sebagai benchmark. Maka pesembahan kedua-dua peserta Sabah ini tidak menepati sasaran maka pengundi dari Sabah tidak memberikan undian seperti peserta-peserta yang lepas.




Tidak ada gunanya kalau kita menyokong seseorang itu hanyalah datang dari negeri ini tapi tidak mendapat sokongan diseluruh negeri. Sabah membuktikan bahawa mereka hanya mengundi peserta-pesertanya yang betul-betul ada kehebatan yang boleh dibanggakan.



No comments: