Tuesday, February 24, 2009

OCTUPLETS

Hujung bulan January 2009 lepas kecoh America Syarikat pasal seorang wanita melahirkan 8 kembar atau octuplets. Perkataan ini pun baru juga sia kenal sebab jarang betul manusia melahirkan kembar sampai 8 bayi. Ibu kepada 8 kembar itu, 6 lelaki dan 2 perempuan, mengandung selepas beliau menjalani rawatan kesuburan. Sebelum ini dia mempunyai seramai 6 anak semua dibawah lapan tahun.



Persoalan pengunaan teknologi kesuburan ini dipertikaikan yang mana memberi kesan luar biasa kepada penerima procedure kesuburan ini. Panduan yang dikeluarkan oleh Persatuan kelahiran Amerika Syarikat 10 tahun yang lalu mengatakan bahawa wanita yang berumur seperti wanita yang melahirkan anak lapan hanya 2 embryo boleh dimasukan ke dalam rahim. Wanita tersebut sudah berumur 33 tahun, single mother, tidak berkahwin, pendapatan yang tidak menentu dan tinggal bersama ibunya.

Ibunya mengkritik kelakuan anaknya dalam akhbar yang diibaratkan sebagai ‘OBSESSED’ untuk melahirkan anak. Wanita tersebut mempertahankan tindakannya dan berharap tuhan akan menolongnya membesarkan anak-anaknya.

Apa kah pendapat kamu mengenai ibu tunggal ini yang tidak berkawin, berpendapatan tidak menentu dan tinggal dengan ibunya?

No comments: