Seperti biasa pagi-pagi sudah buka radio Kadazan pada jam 5.00 pagi sambil menanti alarm hp (set suara Apek berteriak pasal sms untuk dijawap – set untuk alarm). Kalau Dj Kadazan yang sia tidak brapa minat selalunya sia akan pindah terus ke Siran SuriaKK dengar kelegat dj yang kadang-kadang lawaklah juga. Malas bah mau dengar itu sms yang dihantar oleh pendengar yang sama setiap hari di radio Kadazan di RTM itu. Asyik-asyik si Polan punya nama yang keluar. Bagus juga bah dorang kasih sokong itu siaran Kadazan tapi talampau bah. Adakah kalu ada sundait, balik-balik bah si Polan panggil jawap itu sundait walaupun balik balik silap dia punya jawapan … bikin panas.
Saya kesian juga dengan dj sebab terpaksa melayan si Polan walaupun kadang-kadang agak bosan juga mangkali dorang itu melayan si polan itu. Apa boleh buat kerja kan jadi layan saja walaupun kadang-kadang dj mau saja cepatkan perbualan itu.
Adakah kalu ada permintaan lagu dan pendengar panggil dan keudara maka si Polan- si Polan ini akan menujukan lagu permintaan mereka itu diantara mereka sendiri (Si Polan-si Polan). Kalau sikit mereka tujukan lagu itu okay juga tapi ini macam satu kampung bah dorang sebut nama.
Sepatutnya pendengar bijak berfikiran supaya sesuatu program itu berjaya dan tidak menjadi kebencian kepada pendengar yang lain kerana perbuatan segelintir pendengar yang tidak bertanggungjawap. Kalau meminati dan menyokong sesuatu siaran itu tidak bererti kita mopoli kesemua program yang dikendalikan oleh stesen radio tersebut. Pandai pandailah kita sesuaikan diri supaya program dan siaran tersebut menjadi kesukaan kepada semua pendengar dan bukan stesen kebencian.
Fikir fikirkanlah ……
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wakakaka ya sa setuju tu. sampai nama si polan bin si polan tu jadi bahan ketawa pula kan.
Post a Comment