Sunday, March 08, 2009

SENARAI PELAJAR AF7


14 pelajar terpilih untuk Akademi Fantasia tahun ini lebih satu peserta kalau dibandingkan dengan American Idol yang memilih 13 peserta sahaja. Kebanyakan pelajar yang terpilih datang dari Johor, Sarawak, Selangor/K. Lumpur dan Sabah. Hanya satu peserta dari Perak yang terpilih.

Peserta dikalangan KadazanDusun gagal terpilih pada tahun ini. Semenjak AF2 sampailah ke AF6, peserta dari bangsa ini sentiasa diwakili. Adakah setelah kemenangan Stacy jadi juara AF6 maka tiada lagi peserta yang lebih baik darinya.

Antara peserta yang gagal terpilih dari Sabah ialah Lizda dari Tawau dan Faezah dari Keningau. Peserta dari Kadazandusun ialah Abraham atau AB dan Cabrini atau Cabby. Ini bermakna 4 peserta dari Sabah Gagal terpilih.

Mungkin pada AF7 tahun ini pengundi dari Sabah akan jatuh mendadak terutama daripada kalangan pengundi KadazanDusun. Nampak gaya ramai yang pencen untuk mengundi tahun ini.


Senarai 7 pelajar lelaki AF7


1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)

2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)

3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)

4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)

5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)

6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)

7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 7 pelajar perempuan AF7


1. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)

2. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)

3. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)

4. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )

5. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)

6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)

7. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

1 comment:

Nyze 二ザ Crazee said...

AF UNDI my fella, Obri!

>.<