Thursday, May 14, 2009

GULA TUNTUNG aka LOLLIPOP

Siapa yang tidak pernah hisap Gula Tuntung?

Apabila mendengar perkataan gula tuntung di Radio teringgat pula nostalgia menghisap gula tersebut di zaman budak-budak lagi. Pada ingatan saya gula tuntung ini sezaman dengan gula susu brand cap rabbit yang dulu dikatakan mengandongi Melamin. Tidaklah banyak pilihan gula-gula pada zaman saya dan Gula tuntunglah yang diantara yang popular.


Kadang-kadang Gula tuntung ini jugalah akibat ramai budak yang menangis bukan sebab ibubapa mereka tidak belikan tetapi digunakan oleh budak-budak untuk memukul rakan mereka dikepala apabila ada pertengkaran. Selepas kepala rakan dituntung dengan gula maka gula tersebut dihisap balik.



Gula Tuntung dapat nama sebab ianya digunakan untuk memukul, yang selalunya dikepala. Tuntung dalam bahasa KadazanDusun bererti menghentak/memukul dengan tangan. Tapi dalam erti kata gula di tuntung diatas kepala bermaksud mengetuk sahaja tapi kadang-kadang kalau dituntung dengan kuat maka binjul juga kepala.


Sekarang ini nampak banyak jenis dan perisa sudah gula tuntung tapi tidak tau kalau masih lagi digunakan untuk tuntung kepala apabila budak bergadoh antara mereka.

Jangan salahgunakan Gula Tuntung yeah!

No comments: